Watch “Rahsia” on YouTube

Advertisements

Pusaka.

img-20190813-wa0033-1183029284.jpg
Enter a caption

*”PUSAKA NABI SAW YANG DI TINGGALKAN KEPADA UMATNYA”*

*”DAKWAH AKHIR ZAMAN”*

*AKHLAK NABI MUHAMMAD SAW*

Sidiq – Syariat
Amanah – tarekat
Tabliq – Hakikat
Fathonah – Makrifat

*SIDIQ*
Apabila di sebut Sidiq ertinya membenarkan, untuk membenarkan itu pula melalui perbuatan perlu di nyatakan kebenaran itu. *(DiSyariatkan)*
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup.”
(At Thalaq: 2)

*AMANAH*
Amanah ertinya Yakin, jujur
Apabila sudah meyakini dgn sebenar2 yakin lalu di lakukan pula perbuatannya untuk menyatakan kebenaran yg sampai itu perlu di lakukan dgn Jujur dtgnya dari dalam lubuk hati yg suci. *( Tarekat)* jalan atau tujuan kepada hendak mensyariatkan Kebenaran yg dtg dari Allah swt.
“Dan akan diberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya.” (At Thalaq: 3)

*TABLIQ*
Tabliq ertinya menyampaikan, oleh itu sampaikan sesuatu kebenaran itu dgn penuh yakin dan jujur tidak perlu ragu2 setelah meyakini kebenaran yg dtg dari Allah swt
Dgn perbuatan, bukan dgn cakap2 atau tulis2an kerna dgn perbuatan itu menunjukkan keyakinan seseorang kepada Allah tanpa ragu2 iaitu *KESANGGUPAN DAN PENGORBANAN* dijalan Allah swt.
*( Hakikat)* ertinya Faham, Telah dapat Memahami tujuan dan matlamat al quran dan sunnah
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, dipermudahkan Allah segala urusannya.” (At Thalaq: 4)

*FATHONAH*
Fathonah ertinya Bijaksana
Oleh demikian Apabila seseorang itu telah punya sikap pendirian seperti ke tiga2 di atas maka Yakinlah dgn pertolongan Allah swt bahawa Didatangkan petunjuk, ilham dll agar si hamba itu menjadi bijaksana untuk menyampaikan KEBENARAN dariNya dan untuk membawa kembali umat2 nabi saw kembali kepada *Ajaran Al quran dan sunnah.*

*(Makrifah)* telah mengenal akan sesuatu perkara kebenaran itu adalah suatu Perintah dan suruhan dari Allah swt, Yakinlah dgn pertolongan Nya kerana Dia tidak pernah mungkir janji.

Firman Allah swt
“wahai orang2 yg beriman, bertaqwalah dengan sebenar2 taqwa, yang lainnya pasti AKU ajarkan” al baqarah ayat 282 baris akhir.

Maksudnya: “Allah menjadi
(Pemimpin) Pembela bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Al Jasiyah: 19)

“Jikalau penduduk sebuah kampung (atau sebuah negara) itu beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat daripada langit dan bumi.”
(Al Aíraf: 96)

Dgn ini semoga umat islam di akhir zaman dapat bersatu dan bersama2 kembali kepada ajaran Al quran dan sunnah Rasulullah saw.

*Sidiq, Amanah, tabliq, fathonah*

Hidup BerSyariat, hati sentiasa bertarekat dan berhakikat, fuad sentiasa bermakrifat ( Syuhud) kepada Af’al Allah